big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for puasa

mereka adalah pakaian bagimu


dihalalkan bagimu bercampur dengan isterimu pada malam hari puasa. Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi dia menerima taubatmu dan memaafkanmu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang ditetapkan Allah bagimu.Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan) antara “benang putih” dan “benang hitam”, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka ketika kamu sedang berikhtikaf (ikhtikaf : berada dalam masjid dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah) dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, agar mereka bertaqwa. (ayat 187, Al-Baqarah)

Catatan : Subhanallah, indah sungguh bahasa Al-Quran..

Nota : Ayat 187 diatas menyentuh soal puasa, manakala ayat 195 dan 196 dalam surah yang sama pula menyentuh tentang zakat dan haji.