big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Bayar yuran OUM


Alhamdulillah, harini selesai buat pembayaran yuran OUM untuk semester Jan 2013. Rasanya dah jumpa metod paling mudah untuk bayar yuran OUM ni, iaitu dengan menggunakan Maybank2U. Sebelum ni bayar secara tunai, agak leceh sedikit kerana perlu keluarkan duit dari mesin ATM kemudian ke bahagian kewangan OUM HQ untuk buat pembayaran.

Perancangan kewangan untuk belajar

Cepat masa berlalu, Januari ni dah nak masuk semester ketiga misi mengejar ilmu di OUM. Ada yang tanya, yuran belajar di OUM, mahal atau tidak? bagi sy ia sederhana, dan jawapan untuk soalan ini mungkin berbeza dengan setiap orang. Contoh macam sy yang ambil Bachelor of Information Technology and Network Computing with Honours, jumlah keseluruhan yuran pembelajaran selama 4 tahun adalah RM24,800.oo. Dalam satu tahun ada 3 semester (4 bulan), jika dibahagikan, yuran untuk setiap semester bagi kursus yang sy ambil adalah RM1,863. jika dibahagikan lagi, setiap bulan sy mesti menyediakan komitmen sebanyak RM465.75 (hampir harga bulanan sebuah MyVI!) dan setakat ni yuran pembelajaran menggunakan 100% daripada pendapatan sy. Ahli falsafah berkata, gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Maka dua perancangan sy dalam menampung kewangan untuk belajar adalah Anugerah Dermasiswa OUM dan PTPTN.

Anugerah Dermasiswa OUM

Setakat ni Insyaallah anugerah atau biasiswa OUM ni menjadi target sy pada waktu ni. Walaubagaimanapun untuk dapat anugerah ni bukan mudah, sekurang-kurangnya setiap semester mesti kekalkan pointer 3.70 ke atas, telah belajar selama setahun di OUM, tidak menerima sebarang tajaan/pinjaman dan ditawarkan oleh OUM sendiri (kata kak julia, seorang penerima anugerah ni). Insyaallah will try my best for this award.

PTPTN

Salah satu pilihan bagi semester-semester hadapan.  Contrast atau lemahnya ialah status berhutang. Pro atau kebaikan ialah peluang untuk buat lebih simpanan daripada pendapatan, dan boleh bayar secara ansuran kepada PTPTN.

4 Comments»

  Kecik Fize wrote @

Assalamualaikum…boleh saya tanya soalan…ini email saya kecikfize@gmail.com

  hafyzkun wrote @

Boleh, sy dah email..😉

  Zack wrote @

Mcm mane pgram2 blja…ok or ssah..heheh

  hafyzkun wrote @

Belajar di OUM ni tak susah, exam based on modul yang diberi, class 2 kali sebulan (bergantung kepada bilangan subjek), kemudahan online library.. Cabarannya pula, kena ada semangat & disiplin yang kuat untuk belajar sambil bekerja dan sentiasa alert dengan jadual pembelajaran. Alhamdulillah.. dalam tak sedar dah sampai penghujung semester pun..hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: