big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for OUM

Menyelesaikan masalah ‘pendrive shortcut virus’

Tarikh akhir penghantaran tugasan, hari genting bagi pelajar-pelajar OUM diseluruh negara. Penulis terbaca di halaman group OUM di Fb pagi tadi, tentang masalah seorang sahabat bila semua file di dalam pendrivenya hilang, yang ada hanyalah  file atau folder shotcut file yang asal. Berikut solusi yang penulis kongsikan dengan beliau : Pastikan pendrive dimasukkan.

solpenvir01

1) Tekan butang start (bagi Windows XP) atau logo windows (bagi windows 7). Taip ‘cmd’ di ruangan search.

2) Klik cmd.exe

solpenvir02

3) Windows akan membuka command prompt. Taip arahan berikut, attrib -h -r -s /s /d f:\*.*

4) Tunggu sehingga proses selesai.

5) Setelah selesai, lihat kembali pendrive anda, file yang asal muncul kembali!  delete semua file atau folder shotcut.

6) Langkah akhir adalah, scan pendrive anda menggunakan Antivirus yang diupdate. Delete/remove jika terdapat virus yang berjaya dikesan Antivirus.

Selamat mencuba!

Advertisements

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KADS1M

Oh, minggu lepas penulis pertama kali gunakan KADS1M di MPH beli buku, 10% diskaun dengan kad ni (bergantung kepada terma dan syarat syarikat). Dengan buku berharga RM30.00 penulis dapat jimat RM3.00. Ok, tawaran yang bagus.

Merasakan ia suatu yang bagus kepada pelajar, berikut penulis kongsikan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dengan tawaran diskaun KADS1M ni :

Buku & Alatan Tulis

  • MPH Bookstores
  • Imlaq Book Centre
  • BORDERS
  • RONA
  • Kiang Trading
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  • Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  • Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian

  • Bata
  • iFamily
  • Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  • Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata

  • Poliklinik An-Nisa’
  • Qualitas Health
  • Focus Point
  • Menara Optometry

Makanan Dan Minuman

  • KFC
  • Daily Fresh
  • A&W
  • Coffee Berry
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Kenny Crab
  • Sweet Chat
  • Legend’s Claypot Bariyani House
  • Dubu Dubu Seoul Food
  • My Java Coffee
  • Pancake House International
  • Station One Cafe
  • Gloria Jean’s Coffee
  • Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan

  • Ancasa Hotels & Resorts
  • Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  • Jerejak Rainforest Resort Penang
  • Ancasa Express Pudu
  • Tune Hotel
  • Leo Express Hotel
  • Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  • Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  • Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  • Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  • Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan

  • Foot Master
  • Paris Hill
  • Proactiv
  • Clara
  • Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT

  • Koperasi Celcom Berhad
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain

  • BKZ Bikerz (Motosikal)
  • Roller Star Arena (Kasut Roda)
  • Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  • Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  • Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  • MYDIN