big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for wayang

kejatuhan Olympus

Semalam ‘lone ranger’ ni sempat ke GSC Alamanda, tak rancang pun nak tengok filem apa, rancang apa-apa filem yang terdekat dengan masa penulis. Kebetulan filem terdekat Olympus Has Fallen, memang cantik sangat lah sebab memang ada niat nak tengok filem ni sebelum ni. Oleh kerana filem ni dah lama di tayangkan, jadi diorang letakkan filem ni di bilik panggung yang kecik je. Sy pun datang agak lewat (showtime lagi 15 minit), kebanyakan tempat duduk dah penuh, tempat duduk kosong yang masih ada diatas dan dihujung sekali (betul-betul corner lot!)(mujur tengok sorang, kalau dua orang dan nak share pop-corn, saya baling je pop-corn tu ke depan :p).  Tempat duduk keras macam batu. mungkin sebab bersandar dengan dinding.

Olympus Has Fallen

url

Filem ni mengisahkan tentang Presiden US dan Rumah putih yang ditawan oleh pengganas terlatih dari Korea. Presiden US ditawan bermakna berlaku beberapa rundingan diantara Kerajaan Amerika Syarikat dan pengganas yang bakal memberi impak yang besar buat dunia dari sudut keselamatan. Mike Banning lakonan Gerard Butler pula merupakan seorang bekas ‘secret service’ yang melindungi Presiden yang sama sebelum ini kembali menjalankan tugas untuk menyelamatkan Presiden US dan beberapa orang tawanan didalam rumah putih. Bagaiamana rumah putih ditawan? apakah rancangan pengganas tersebut? apakah rundingan yang berlaku? Dengan kepakaran tentang selok belok Rumah Putih, dapatkan Mike Banning menyelamatkan Presiden US daripada pengganas-pengganas yang telah terlatih?

Bagi sy, filem ni menarik, jalan cerita yang tak membosankan, satu babak dengan babak yang lain disambung dengan baik (walaupun kerusi yang sy duduk ni macam batu, tapi kusyuk tengok filem). Mula dengan emosi, kematian orang yang tersayang. Kemudian padat dengan aksi, elemen suspen dan ganas.

4.5/5 bintang untuk filem ni. Filem cepat masa berlalu. Filem tonton wayang.

catatan : ada babak yang meningatkan sy pada seseorang..

The Hobbit : An Unexpected Journey

Hobbit-Movie-Poster-Bilbo

Sebuah lagi filem yang sy tengok baru-baru ni, The Hobbit : An Unexpected Journey. Filem ni sy malas nak review lebih-lebih. pada sy jalan cerita, scene dan kameragrafi sangat cantik, hampir sempurna. perfect dan sebagainya yang baik-baik (haha). dan bagi peminat Lord of The Ring, kalian memang wajib kena tengok filem ni. Sebab sy pun tak sabar menunggu sambungan nyaa…

catatan : untuk The Hobbit ni, akan ada 3 bahagian,

2012 – An Unexpected Journey,
2013 – The Desolation of Smaug,
2014 – There and Back Again