big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for May, 2011

the Art of War I

“Choose your battle wisely” – Sun Tzu

Sun Tzu lessons are surrounding these three ideas :

  1. Know yourself
  2. Know your enemy
  3. Only fight when you can win

“Seni perang adalah sesuatu yang amat penting kepada sebuah negara. Ia berkaitan soal hidup atau mati, jalan kearah keselamatan atau ke arah kebiasaan. Oleh itu, ia adalah satu subjek yang mesti dipelajari dengan mendalam” – Sun Tzu

Sehingga ke hari ini, pakar strategi tentera seluruh dunia menggunakan falsafah Sun Tzu ini untuk memenangi peperangan. Mereka juga menjadikan “Seni Perang Sun Tzu” ini pelajaran wajib dalam pengajian ketenteraan.  Bagaimana dengan Idea, ‘mengekploitasikan’ seni perang Sun Tzu ini dalam bidang lain?

untuk ‘post’ yang seterusnya nanti sy akan cuba bawakan lebih 30 Strategi perang Sun Tzu untuk dikaji..

kisah dua haiwan : itik emas

Pada suatu hari seorang petani miskin mendapati sebiji telur emas dalam sarang itik kesayangannya. Pada mulanya, dia ingat ada orang mempermaikannya. Kemudian dia berfikir semula sebelum membuang telur itu lalu membawa telur itu untuk dinilai..

Telur itu benar-benar tulen! Petani tidak mempercayai tuanya itu. Dia semakin sangsi pada hari yang berikut apabila pengalaman itu berulang. Hari demi hari, dia bangun dari tidur dan mendapati telur emas dalam sarang itiknya. Dia pun menjadi orang kaya; begitu bertuah dia, sehingga dia sendiri seolah-olah tidak percaya.

Akan tetapi, dengan pertambahan kekayaannya, petani itu pun menjadi semakin tamak dan tidak sabar. Dia sudah tidak sabar menunggu setiap hari untuk mendapat telur emasnya lalu dia pun membunuh itik itu untuk mendapatkan semua telur emas sekaligus. Namun, apabila dia membuka itik itu, dia tidak mendapati apa-apa pun. Tiada telur emas dan sekarang tiada cara untuk mendapat telur lagi. Petani itu telah memusnahkan itik yang menghasilkan telur emas dan akhirnya beliau menjadi miskin seperti sedia kala..


Catatan :   Apa yang cuba disampaikan oleh kisah diatas adalah berkenaan dengan ‘Keberkesanan (Effective)’. yang mana dua perkara penting dalam kisah diatas adalah telur emas dan itik. Telur emas adalah ‘HASIL’ (H), manakala itik adalah ‘YANG MENGHASILKAN’ (YM). Seringkali dalam hidup ini ketika berurusan dengan manusia, kita mengharapkan H tanpa memikirkan kepada YM.. harus ingat, bahawa tanpa YM, bagaimana kita boleh dapatkan H yang terbaik? sebagai contoh kita sebagai pemimpin didalam suatu organisasi inginkan orang bawahan kita memberi hasil kerja yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama kita tidak cuba memahami atau mengiktiraf orang bawahan kita (orang bawahan ibarat itik yang diperah untuk menghasilkan telur emas dan akhirnya itik mati). bagaimana akan terhasil ‘EMAS’ yang dicari?

Catatan :  Kisah ini sy petik dari buku “7 Habits Highly Effective People”. Banyak yang sy belajar dari buku tersebut, dan kebanyakan prinsip yang dinyatakan oleh Stephen Covey adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan. Seperti kata pepatah, Makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tidak tahu. itulah, terlalu banyak yang sy perlu belajar dan belajar dalam hidup ni..