big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for April, 2011

waktu kedua terbaik

Pepatah cina berbunyi, waktu terbaik menanam pokok adalah 20 tahun lalu. waktu kedua terbaik, adalah hari ini! pepatah ini amat bermakna untuk memberi inspirasi kepada kita bahawa, ianya masih belum terlewat untuk kita mulakan sesuatu usaha untuk mencapai kejayaan cemerlang. Just start now! – Irfan Khairi

Catatan : 2003, adalah tahun dimana beliau menjadi jutawan 100% hasil daripada perniagaan internet.

Advertisements

kisah janggut

sebelum sy terlupa, sy ingin kongsikan satu kisah yang sy dengar dalam radio Ikim.fm bulan Mac lepas, topik pada haritu adalah ‘sijil SPM, adakah penentu kejayaan seseorang?’ sempena keputusan SPM yang keluar pada hari tu. banyak pemanggil yang cuba berkongsi pendapat dan kisah masing-masing.  sy tertarik dengan satu kisah dari seorang pemanggil ni,

Suatu hari dia dipanggil menghadiri temuduga di Pulau Pinang.  Syarikat yang memanggilnya itu adalah syarikat dari  Israel (pemiliknya adalah berbangsa Yahudi).  Selesai bersalaman, soalan pertama yang ditanya,

Penemuduga : (melihatkan calon yang berjanggut panjang) Kenapa anda menyimpan janggut?

Calon temuduga :  Biasalah, setiap orang ada minat dan kesukaan masing-masing, ada yang suka rambut panjang, bermisai lebat, ada yang suka pakai skirt dan ada juga yang suka pakai blouse labuh

Satu sahaja soalan untuk beliau, sesi interview tamat dan beliau diterima bekerja di syarikat tersebut.

Catatan : Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ni?