big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for komputer

Menyelesaikan masalah ‘pendrive shortcut virus’

Tarikh akhir penghantaran tugasan, hari genting bagi pelajar-pelajar OUM diseluruh negara. Penulis terbaca di halaman group OUM di Fb pagi tadi, tentang masalah seorang sahabat bila semua file di dalam pendrivenya hilang, yang ada hanyalah  file atau folder shotcut file yang asal. Berikut solusi yang penulis kongsikan dengan beliau : Pastikan pendrive dimasukkan.

solpenvir01

1) Tekan butang start (bagi Windows XP) atau logo windows (bagi windows 7). Taip ‘cmd’ di ruangan search.

2) Klik cmd.exe

solpenvir02

3) Windows akan membuka command prompt. Taip arahan berikut, attrib -h -r -s /s /d f:\*.*

4) Tunggu sehingga proses selesai.

5) Setelah selesai, lihat kembali pendrive anda, file yang asal muncul kembali!  delete semua file atau folder shotcut.

6) Langkah akhir adalah, scan pendrive anda menggunakan Antivirus yang diupdate. Delete/remove jika terdapat virus yang berjaya dikesan Antivirus.

Selamat mencuba!

Programming dan kehidupan

Dalam beberapa hari ni, penulis sibuk menyiapkan tugasan bagi subjek Web Programming. Alhamdulillah, subjek ni penulis boleh katakan antara subjek programming yang mudah. Semasa mengarang programming ni, penulis terfikir,

programming

Programming dan kehidupan ini ada persamaan. Yang penting, kamu mesti tahu apa yang kamu buat (tulis). Tanpanya, kamu sukar mencapai matlamat kamu, dan apabila berhadapan dengan masalah, kamu tidak tahu dimana hendak mulakan (penyelesaian).