big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for tips kewangan

Memulakan Bisnes : Yang mana dilakukan dahulu?

Household-budget-planner

Yang mana dilakukan dahulu?

+ Buat produk dahulu?
+ Cari lokasi kedai dahulu?
+ Simpan duit untuk kumpul modal dahulu?
+ Daftarkan syarikat dahulu?
+ Pilih rakan-kongsi dahulu?

.

Apabila kita baru hendak terjun ke dalam dunia bisnes, lakukan ini:

+ Pilih bisnes yang dapat dimulakan dengan modal kurang daripada RM2k.

+ Gunakan duit simpanan. Jangan pertaruhkan semua duit simpanan sebagai modal bisnes!

+ Sebaiknya, bisnes pertama itu adalah bisnes servis yang kita sendiri mahir melakukannya.

Bisnes pertama adalah bisnes di mana kita sedang belajar. Jika bisnes tak jadi dan lingkup, duit RM2k itu adalah jumlah yang kita mampu bakar demi belajar.

Kita mudah bangun semula. Kita masih ada duit simpanan lain. Dan cuba lagi.

sumber fb : Ainon Mohd

Elak beli secara berhutang

Angry_by_Tarelkin

Elak beli perabot atau barangan elektrik berhutang. Sekiranya anda berhutang RM5,000 bagi 60 bulan (bayar RM158 sebulan), kadar 1.5% sebulan, bayaran keseluruhan RM9,480 atau 47.3% untuk faedah. Dalam bahasa yang mudah, anda membayar pinjaman selama 31 bulan, manakala 29 bulan lagi adalah bayaran faedah. Itu belum campur caj memproses pinjaman 6% yang dikenakan! – Norizan Bin Sharif