big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for February, 2014

Kisah Trump Tower

trump tower

Trump Tower sudah lama berada dalam peta sebagai satu daripada destinasi menarik. Tetapi, ramai orang sudah lupa yang bangunan itu sebenarnya tidak muncul di Manhattan secara tiba-tiba dalam masa sehari. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa saya harungi ketika membuat keputusan mahukan lokasi yang dikenali sebagai Tiffany bagi membina bangunan ini.

Saya perlu menyelesaikan banyak masalah. Pertama sekali, saya perlu membeli kedai dan bangunan Bonwit Teller, tetapi mereka fikir saya gila. Saya tidak mudah menyerah kalah, tetapi memerlukan tiga tahun sebelum saya berjaya memperoleh segala-galanya daripada mereka.

Kemudian, saya perlu mendapatkan hak ruang udara di atas Tiffany pula. Selepas memperolehi hak itu, dapat saya membina bangunan yang jauh lebih besar. Selepas mendapat hak itu, saya masih memerlukan sebidang tanah kecil. Ini begitu penting, kerana peraturan zon menetapkan setiap bangunan mempunyai sedikit kawasan lapang sekurang-kurangnya 30 kaki di bahagian belakang. Pada peringkat ini, lebih banyak kajian dan rundingan perlu dilakukan. Tambahan pula, saya dan arkitek saya, Der Scutt, terpaksa menilai sekurang-kurangnya 48 reka bentuk bagi mencari elemen terbaik daripada setiap satu dan kemudian menggabungkannya menjadi reka bentuk terakhir.

Tidak ada satu pun langkah-langkah yang saya ceritakan di atas adalah mudah. Namun, saya melihat setiap langkah setiap cabaran dan suka memperincikan butirannya. Sekiranya saya tidak melihatnya seperti itu, begitu mudah saya berasa takut. Tetapi, kini saya sudah memiliki sebuah bangunan yang cantik dan terkenal di dunia. Adakah semuanya berbaloi? Ya, sudah tentu!

– Petikan daripada Buku ‘Why We Want You To Be Rich – Dua Jutawan. Satu Mesej’ – Donald J. Trump & Robert T. Kiyosaki.

Adakah anda perlukan logo baru?

Pernah anda terfikir untuk menukar logo baru syarikat, kumpulan atau persatuan anda? berikut adalah panduan bagi persoalan anda. (klik untuk memperbesar gambar)

do you need a new logo