big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Archive for napolleon hill

mengatasi batasan diri

Satu-satunya perkara yg kekal dalam dunia ini ialah apa yang anda tetapkan didalam minda anda

Adalah benar, kebanyakan daripada batasan yg kita hadapi, dicipta oleh diri kita sendiri. Kita percaya bahawa beberapa perkara adalah mustahil kerana kita telah meyakinkan diri kita sedemikian. Didalam satu eksperimen, saintis telah meletakkan kaca sesekat diantara dua ekor ikan,yang mana salah seekor daripada ikan tersebut adalah pemangsa. Pada mulanya, ikan pemangsa itu menunjal-nunjal kaca sesekat itu berulang kali, tapi lama kelamaan ia berhenti berbuat demikian. Selepas beberapa ketika, para penyelidik mengalihkan kaca sesekat itu, tetapi kedua-dua ekor ikan itu berenang-renang dalam bekas masing-masing tanpa mempedulikan antara satu sama lain.


Kita juga merupakan makhluk yang mempunyai tabiat. Pastikan anda menguji sempadan diri anda berulang kali. Ketika anda membesar dan berkembang, serta menjadi lebih baik dalam apa yang anda lakukan, anda akan mendapati bahawa perkara-perkara yang pernah menghalang anda itu tidak lagi wujud! – Nappoleon Hill

 

Catatan : Cabaran paling hebat dalam hidup ni adalah mengatasi batasan diri!

Advertisements

yes WE can

Jika anda fikir anda boleh, anda sememangnya boleh!

Jika anda fikir anda boleh melakukan sesuatu, anda pasti boleh melakukannya. Minda kita dicipta untuk menukarkan idea yang sering kita fikirkan menjadi realiti. Kebanyakan dari kita tidak menyedari potensi hebat yang kita miliki, kerana kita tidak sanggup mempercayai bahawa kita boleh menyelesaikan sesuatu yang orang lain fikir mustahil untuk dilakukan. Tugas-tugas “mustahil” memerlukan usaha dan tumpuan yang lebih, tetapi apabila ia telah berjaya diselesaikan, hasilnya pasti berbaloi dengan usaha yang telah dicurahkan. – Napoleon Hill

 

Catatan : kita adalah apa yang kita fikir

Catatan : Siapa sangka Barrack Obama boleh menjadi Perdana Menteri kulit hitam pertama US?