big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Puncak cinta manusia


Puncak cinta adalah cinta Nabi Muhammad SAW kepada Khadijah

Cinta sejati dan kesetiaan mencintai diukur selepas perkahwinan, malah lebih terbukti selepas pemergian orang yang dicintai. Meskipun Nabi Muhammad SAW begitu mencintai Aisyah, namun cinta beliau kepada Khadijah melebihi cinta beliau kepada Aisyah. Bahkan cinta Nabi Muhammad SAW ini melebihi semua kisah cinta yang pernah wujud dalam sejarah cinta manusia.

bicycle-bucket-field-flora-flower-Favim.com-149074

Romeo dan juliet ataupun Laila dan Majnun, tidak teruji kehidupan bersama sebagai suami isteri. Oleh sebab itu, cinta Nabi Muhammad SAW kepada Khadijah merupakan puncak cinta yang pernah ditunjukkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita.

Nama Khadijah masih disebut-sebut di hadapan Aisyah, sehingga timbul perasaan cemburu kepadanya, Aisyah berkata “Mengapa kamu masih menyebut-nyebut seorang nenek, sedangkan Allah telah menggantikan untukmu seorang yang lebih baik daripada nenek itu?”. Pengganti yang dimaksudkan Aisyah adalah dirinya sendiri. Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, Demi Allah! Aku tidak memperoleh ganti yang lebih baik darinya.”

Ketika Aisyah mahu menampakkan kelebihan dirinya berbanding Khadijah, beliau berkata kepada Fatimah, iaitu anak perempuan Rasulullah SAW bersama Khadijah, “Aku seorang gadis ketika dinikahi ayahmu, sedang ibumu seorang janda ketika dinikahi ayahmu.” Apabila mendengar keluhan Fatimah berkenaan hal itu, Rasulullah SAW berkata, “Sampaikan kepadanya, ‘ibuku lebih hebat daripadamu. Beliau menikahi ayahku yang jejaka, sedang kamu menikahinya ketika beliau duda.'”

tumblr_lfc2z2KMID1qa9fjno1_500_large

Gerak langkah, suara, dan ketukan pintu yang biasa dilakukan oleh Khadijah juga terus segar dalam ingatan Rasulullah SAW. Pada suatu hari, beliau terdengar ketukan pintu yang serupa. Rasulullah SAW berkata, “ini cara ketukan Khadijah. Saya agak yang datang adalah Hala (adik perempuan Khadijah).” Ternyata agakan Rasulullah SAW tepat.

Petikan buku : Pengantin Al-Quran, M.Quraish Shihab

catatan : ukuran cinta sebenar seorang lelaki kepada seorang perempuan adalah cintanya setelah bernikah.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: