big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Autopilot kehidupan


Pelajaran daripada Adam Khoo

plane
Kita tahu sesebuah kapal terbang melakukan penerbangan dari suatu destinasi ke destinasi yang lain dengan bantuan  sistem elektronik yang dinamakan ‘Autopilot’. Sistem Automatic Pilot atau Autopilot ini berfungsi dengan memberikan panduan laluan kepada pesawat untuk sampai ke destinasi yang dituju tanpa bantuan daripada manusia.

sistem autopilot pesawat

Laluan oleh pesawat

Adakah perjalanan kapal terbang tersebut sentiasa tepat (lurus) berada di laluan di sepanjang penerbangannya untuk ke destinasi? Jawapannya tidak. Hampir 70% daripada penerbangan tersebut lari atau ‘hanyut’ daripada laluan asal disebabkan oleh pengaruh cuaca (angin). Semakin jauh jarak perjalanan sesebuah pesawat, semakin banyak kesalahan (error) yang dilakukan.  Ini menjadikan laluan sebenar sesebuah persawat itu berbentuk ‘zig zag’, bukan ‘lurus’ seperti laluan asal yang ditetapkan oleh sistem Autopilot.

Walaubagaimanapun, pesawat ini tetap sampai ke destinasi yang dituju. Mengapa? Ini kerana sistem Autopilot pesawat  juga dilengkapi dengan fungsi untuk mengawal kembali (memperbetulkan kedudukan) pesawat kepada laluan asal yang ditetapkan.

Autopilot Kehidupan

Kisah autopilot diatas menjadi gambaran tepat kepada kehidupan yang kita lalui. Destinasi A adalah dimana kita sekarang, atau dimana kita semasa menetapkan impian atau destinasi. Manakala Destinasi B merujuk kepada impian atau destinasi yang hendak kita tuju. Angin atau cuaca pula merupakan gambaran kepada gangguan atau cabaran-cabaran yang ditempuhi sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak kita tuju. Lalu apakah yang membantu kita untuk terus sampai ke destinasi?

Sepertimana sistem Autopilot pada pesawat, kita perlu menyedari kita juga mempunyai sistem yang dapat mengawal laluan perjalanan dalam memastikan kita terus sampai ke destinasi atau impian yang kita ingin capai.

Interested + Commited

Ramai yang ‘Interested’ (berminat) untuk mencapai impian, tetapi ramai yang lupa untuk letakkan ‘Commited’ (komitmen atau kesungguhan) dalam perjalanan untuk mencapainya. Ingat, Perlu ada Interested, perlu ada Commited.

catatan : sy juga di datangi oleh ‘angin-angin’ yang bertiup semasa menyiapkan post ini. Ada sahaja perkara yang hendak menyelit disepanjang penulisan ni, sebagai contoh, tiba-tiba hendak melihat hp, nak mendengar lagu, buka internet dan buat perkara lain. Sy rasakan ia betul-betul ingin menguji sistem Autopilot sy. (haha)

catatan : sy lihat kita beruntung kerana menjadi seorang yang beragama Islam. Dengan pegangan agama, ia semacam suatu sistem kawalan yang mengawal atau memanggil kembali jika kita terasar daripada laluan atau matlamat sebenar kita diciptakan.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah).” az-Zarriyat:56

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: