big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

7 tabiat orang yang amat berkesan


image

Akhirnya katam. Kalau tak salah kiraan, buku ini dimiliki pada penghujung 2011. Bermakna hampir 2 tahun untuk katamkan Buku terjemahan daripada buku ‘The 7 habits of highly effective people’ karya Stephen R. Covey yang mempunyai 366 mukasurat ini.

Kali Pertama

Masih ingat, kali pertama melihat buku ini adalah sewaktu sy masih bersekolah rendah. Perkara yang menarik pada buku versi Bahasa Inggeris pada ketika itu adalah sebuah gambar yang kita boleh lihat seperti wanita tua/muda atau kedua-duanya.

Belum Terpanggil

Kadang kala jika ternampak buku ni di Kedai Buku, sy akan membelek isi-isi dalamnya. tetapi belum terpanggil untuk membeli. mungkin kerana melihat isinya yang ‘menakutkan’. Penuh teks.

Kursus Pertama

Sy masih ingat tentang pertama kali menyertai kursus yang dianjurkan oleh yayasan tempat sy bekerja. Kursus Kecemerlangan dan Kepintaran Emosi, nama kursus tersebut. Penceramah dan pengendali kursus tersebut adalah Tuan Hj. Zainal. Apa yang menarik dalam kursus tersebut adalah modul yang digunakan adalah berdasarkan teori atau pelajaran daripada buku Steven R. Covey ini. Tamat kursus, terpanggil untuk memiliki buku hebat ini.

Sy menulis kepada Tuan Hj. Zainal di Fbnya,

“Membaca buku ‘The 7 habits of highly effective people’ selepas menghadiri kursus tuan adalah seperti melihat filem Harry Potter kemudian membaca novelnya”

Cinta tanpa syarat

Dalam banyak Prinsip yang diperkenalkan oleh Steven R. Covey di dalam bukunya, prinsip ‘cinta tanpa syarat’ ini paling menarik bagi sy. Prinsip ini menekankan bagaimana kita melayani manusia tanpa melihat serta dipengaruhi oleh latar belakang, fizikal, sejarah, jantina, agama, umur dan lain-lain. Prinsipnya, kita melayani manusia seperti manusia.  Sy masih dalam proses memahami dan mempraktikkan. Walaupun ia tampak sukar dalam dunia realiti, tetapi ia bukan suatu yang mustahil.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: