big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Tangan yang meminta


All_that_i_have_to_give___by_SurrealiseMe1
Semalam, sewaktu makan malam di sebuah gerai di kawasan Nilai, ada seorang kanak-kanak perempuan datang kepada kami memohon sumbangan ikhlas untuk sekolah agama mereka, ditangannya telah tersedia resit sumbangan. Sebenarnya perkara begini telah beberapa kali sy lalui. Kalau tidak kanak-kanak yang memohon derma ikhlas, mungkin seorang buta yang dipimpin oleh seseorang memohon derma. Jika sy memilih untuk tidak memberi, sy tolak dengan baik.

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;” Adh-Dhuha:10

Jangan pula memarahi orang yang meminta. Beri kata-kata yang baik kepada mereka, atau sekurang-kurannya berikan senyuman, kerana ia juga suatu sedekah.

update : dan jangan lupa tanya, apakah mereka telah makan?

Memberi atau tidak.

Pada saya, memberi atau tidak ia terpulang kepada niat kita. Jika memberi biarlah ikhlas.

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Al-Baqarah:271

catatan : Pelajaran daripada Pengurus Besar sewaktu kami makan di sebuah gerai. Seorang yang kurang siuman (orang gila) datang kepada kami dan meminta makanan. Bos sy berikan, lalu orang tersebut berlalu meninggalkan kami. kata bos sy, “Mereka itu tempatnya di akhirat nanti mungkin lebih baik dari kita”.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: