big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

19 pelepasan cukai


Income tax

Rugi membayar cukai tanpa mengetahui ada kemudahan untuk pelepasan cukai. Berikut 19 jenis pelepasan cukai yang ‘mungkin’ boleh ‘meringankan beban’ pembayar cukai :

1) Individu dan saudara tanggungan : RM 9000

Automatik dapat pelepasan sebanyak jumlah di atas

2) Perbelanjaan perubatan ibu bapa ke atas penyakit yang disahkan oleh pengamal perubatan : RM 5,000

Memang tak patut kalau ibu bapa kita sakit tapi kita tak “support” bil perubatan. Adik beradik saya berebut nak bayarkan mak bapak punya bil perubatan. Supaya boleh dapat pelepasan sebanyak maksimum RM 5,000. Kalau anda ada, boleh simpan resit bil tersebut

3) Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya : RM 5,000

Jika anda ada membeli alat sokongan asas seperti kerusi roda, alat pembantu pendengaran atau selainya yang boleh dikategorikan sokongan asas, anda boleh claim tolak cukai sebanyak RM 5,000

4)   Individu yang kurang upaya : RM 6,000

Yang ini adalah selain daripada tanggungan individu dan peralatan sokongan seperti di atas. Jika anda OKU, anda layak untuk pelepasan lagi sebanyak RM 6,000. (Setakat tampal sticker OKU takleh nak claim ye ehehe)

5) Yuran pendidikan (sendiri) : RM 5,000

Anda boleh rujuk dalam borang jika anda mahu detail tentang bidang mana yang boleh dapat pelepasan cukai. Bagi saya, sambung sahaja belajar ke peringkat sarjana atau PhD, lepas tu claim tolak RM 5,000. Bidang tak penting, yang penting sambung belajar.

6) Perbelanjaan perubatan bagi diri sendiri, suami / isteri atau anak : RM 5,000

Sebarang bayaran perubatan boleh mendapat pelepasan cukai RM5,000. Jika anda ada membuat medical check-up, anda layak untuk pelepasan cukai sebanyak RM 500 per individu

7) Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan : RM 1,000

Pelepasan cukai sebanyak RM1,000 jika anda ada membeli majalah, buku atau segala penerbitan. Tak kisah hard copy atau ebook. Kecuali surat khabar dan bahan bacaan terlarang. Jangan la pulak anda membeli majalah porn banyak-banyak. Tak boleh nak claim. Buat rugi sahaja. Lagi baik jangan beli langsung hehe

8 ) Pembelian komputer peribadi : RM 3,000

Boleh tuntut pelepasan cukai jika anda membeli komputer peribadi. Cuma bukan boleh tuntut tiap-tiap tahun. Terhad kepada RM3,000 untuk sekali tuntutan dalam masa 3 tahun. Lagipun jarang saya dengar orang tukar computer tiap-tiap tahun. Lain la telefon bimbit

9) Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional : RM 3,000

Kepada mereka yang belum menabung dalam SSPN, boleh la start menabung. Sambil menabung untuk anak-anak, boleh kita dapat pelepasan cukai sebanyak RM3,000

10) Pembelian peralatan sukan : RM 300

Kalau ada beli bola, kayu golf, racket dan lain-lain peralatan sukan, bolehla simpan resit untuk mendapatkan pelepasan sebanyak RM300. Tapi pakaian sukan tak boleh. Kalau ada terdetik hati nak sokong harimau malaya, dan beli jersi kuning tersebut, boleh beli tapi takleh nak claim.

11)  Yuran langganan perkhidmatan internet jalur lebar : RM 500

Mereka yang ada melanggan broadband atau intenet, boleh claim RM500. Tak kira la anda pakai maxis, celcom atau DIGI. Asalkan jalur lebar. Jangan la pulak kalau anda curi wireless jiran sebelah dan anda claim RM500. Itu tak patut. Da la mencuri harta jiran sebelah, dengan tak malunya tuntut RM500. Tak patut tak patut.

12)  Faedah pinjaman perumahan : RM 10,000

Yang ni panjang sedikit kalau nak dicerita. Kena buat post baru. Takpa, tunggu next post saya topic ni.

13)  Suami / isteri bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM 3,000

Menurut kamus dewan: (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd suami kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah. Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, boleh la claim RM3000

14)  Suami / isteri yang kurang upaya : RM 3,500

Jika anda OKU, anda akan layak mendapat potongan cukai sebanyak RM6000 tadi. Tapi jika suami / isteri anda juga OKU, anda boleh tambah lagi potongan cukai sebanyak RM3500 lagi. Jadi kalau suami isteri yang OKU, boleh mendapat potongan cukai RM9,500

15) Anak bawah 18 tahun : RM 1,000 seorang

Boleh dijadikan alasan untuk tambah anak lagi. Bukan apa, nak tambahkan pelepasan cukai. Jadi boleh bawak berbincang dengan suami dan isteri anda. Kalau ada 10 orang anak, tak RM10,000 boleh claim…heheh

16) Anak lebih 18 tahun dan masih belajar : RM 4,000

Anak-anak yang sudah lebih 18 tahun tapi duk merempit kat highway tak dikira ye. Jadi didik anak kita baik baik.

17)  Anak kurang upaya : RM 5,000

Jika anda mempunya anak kurang upaya, anak layak pelepasan cukai sebanyak RM5000. Dan jika anak tersebut sedang menuntut di IPT, anda layak lagi tuntut RM9000. Jadi jumlah boleh dituntut RM14,000

18)  Caruman KWSP dan premium insuran nyawa : RM 6,000

Yang ni kalau sesiapa yang caruman KWSP dia tinggi, rugi la sedikit. Di tambah rugi kalau dia ada ambil premium insurans nyawa yang tinggi. Sebab boleh claim RM6000 sahaja.

19)  Insuran pendidikan dan perubatan : RM 3,000

Bagus kalau kita ada mengambil polisi insuran pendidikan dan perubatan ini. Bukan sahaja menjamin masa depan anak, siap boleh claim RM3000 lagi untuk pelepasan cukai. Insuran untuk kita pon boleh.

sumber : ceido.blogspot.com

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: