big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

kuasa Paradigma


adhd_boy

Pada suatu hari, dalam sebuah gerabak keretapi, ada seorang kanak-kanak sangat aktif. Dia berlari-lari, mengganggu orang di dalam keretapi, memanjat kerusi, menarik surat khabar dibaca orang dan pelbagai lagi kerenahnya. Melihatkan gelagat kanak-kanak itu, Steven R.Covey yang duduk disebelah ayah kepada kanak-kanak tersebut bertanya, “kamu tidak cuba menahan anak kamu?”. Kata si ayah “sy telah mencuba sedaya upaya, sebenarnya beliau baru kehilangan (kematian) ibunya sebentar tadi.”

Paradigma Steven R.Covey berubah serta merta. Beliau yang tadinya berasa tidak senang dengan gelagat kanak-kanak tersebut berubah menjadi simpati kepada kanak-kanak tersebut. Beliau mengizinkan dengan sepenuh hatinya apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tadi.

Sy pasti jika kita di tempat Steven R.Covey, kita juga akan berperasaan begitu, marah dan tidak senang bertukar kepada kasihan dan simpati. Akhirnya kita tidak jadi marah kepada kanak-kanak tersebut, malah kita boleh melayani kanak-kanak tersebut dengan lebih tenang, lebih ‘gentleman’.

Kisah kanak-kanak ini hanyalah model kepada dunia sebenar yang kita lalui seharian. Kanak-kanak ini dalam dunia seharian boleh jadi seorang dewasa yang tidak menunjuk akhlak yang baik, boleh jadi seorang dewasa yang marah tidak menentu, seorang dewasa kusut masai yang tidur di  kaki-kaki lima, atau memang seorang kanak-kanak atau remaja nakal.

Mudah andai kita tahu kisah mereka.
Mudah andai kita boleh ubah paradigma kita.
Mudah kalau kita boleh kawal paradigma kita.
Hebat kalau kita boleh cipta paradigma kita.

Lalu, apa yang mengubah, mengawal, mencipta paradigma? Jawapan : Kehendak diri. 

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: