big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

nota pengundi 2013


vote

ini adalah catatan tentang apa yang sy lihat tentang gelagat pengundi di sekeliling sy pada saat-saat akhir sebelum pengundian 5 Mei 2013. Sekadar catatan untuk panduan masa hadapan.

Aku nak mengundi apa ek?
rupanya ramai pengundi yang mendaftar sebagai pengundi tetapi masih belum punyai idea untuk mengundi parti mana. kata mereka, di sebelah sini sama, di sebelah sama pun sama (tersenyum sy mendengar). Mereka ini kita boleh letakkan sebagai ‘pengundi atas pagar’. Pengundi atas pagar pula pada sy terbahagi kepada dua jenis, pertama adalah ‘off’ dan yang kedua adalah ‘on’. Biasanya pengundi atas pagar ‘off’ ini mereka tidak ambil kisah sangat tentang politik yang berlaku di Malaysia, yang penting bagi mereka hidup mereka aman dan periuk nasi mereka tidak terjejas. Bagi pengundi atas pagar ‘on’ ini pula, mereka ini ambil tahu sedikit sebanyak tentang politik dalam negara, pandangan mereka masih neutral, terbuka dan boleh menerima mana-mana pendapat dari kedua-dua belah pihak. Mana-mana pihak yang berjaya meyakinkan mereka disaat-saat akhir, akan mendapat undi mereka.

Boleh ke aku mengundi pihak yang lain?
masih ada yang takut-takut untuk menyatakan pendirian, menonjolkan diri, atau takut untuk memilih lain dari yang lain. Hey, bangun. Malaysia sebuah negara yang demokrasi, kalau kamu masih rasa takut-takut atas sebab-sebab tertentu maknanya negara kita masih belum mencapai negara demokrasi atau demokrasi itu tidak diamalkan, samada daripada pemimpin yang kemudiannya menjadi contoh kepada masyarakat itu sendiri. Kita tidak mahu pengundi yang taksub, tetapi yang kita mahukan adalah pengundi yang berfikir.

your-vote_002

Sempat lagi tak mendaftar?
masih ada yang belum mendaftar disaat akhir walaupun mereka memenuhi syarat layak mengundi. sayang, sebab warga luar pun hendak menjadi warganegara Malaysia. mereka lebih sanggup mengundi. Lucunya, minggu hadapan pasti kita dapat melihat mereka-mereka yang tidak mengundi pada jari mereka.

Tepuk dada, tanyalah Iman. Suka saya ambil kata-kata Dr. Muhaya, ‘Bila kita mendapat sebarang berita, pertama, lihatlah terlebih dahulu kepada penyampainya’. Lihat 0rang-orang yang beriman, apa pilihan mereka dan berfikir mengapa mereka memilih. Mengundi dan memilih pemimpin yang adil adalah tanggungjawab dan amanah kita. Esok dihari akhirat pasti kita akan disoal tentang pilihan kita.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: