big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Ahlan Wasahlan 2013!


301771_545339562142780_410136605_n
Selamat Tahun Baru 2013 untuk pembaca Big Smile No Teeth.. Doakan tahun ni jadi tahun yang terbaik buat kita semua.

Jadi bagaimana dengan azam 2012 kalian, adakah tercapai? yang tercapai, Tahniah diucapkan. yang belum tercapai, InsyaAllah tahun ni kita berazam lagi, yang penting jangan cepat mengalah, jangan cepat putus asa. Azam 2012 yang paling besar bagi sy adalah untuk sambung belajar, Alhamdulillah Mei yang lalu sy telah memulakan kembali sesi pembelajaran di OUM secara separuh masa. Setakat ni Alhamdulillah dan Januari ni dah masuk semester yang ke-3.

Tirai 2012 juga ditutup dengan percutian selama 2 hari 1 malam bersama keluarga di Melaka. Sy akan kongsikan kemudian. Azam 2013? sy harapkan sesuatu pengalaman yang lebih hebat tahun ni, suatu yang lebih besar, InsyaAllah. Dalam kebanyakan perancangan, antaranya adalah nak bawa keluarga bercuti ke luar negara tahun ni, InsyaAllah, mungkin ke Bandung.

catatan : kalian tahu tak apa yang menariknya mempunyai sebuah blog, bagi sy, yang menariknya bila kita boleh membaca kembali catatan-catatan yang pernah kita tulis tentang apa sahaja pada waktu dan situasi pada saat tersebut yang mungkin kadang-kadang kita sendiri lupa peristiwa pada waktu tersebut. Pantas masa berlalu hingga blog ni mempunyai arkib selama 3 tahun. InsyaAllah akan terus menulis dan berkongsi rasa dan inspirasi.

catatan : semakin umur bertambah ni, sy mula merasai sy semakin menjadi seorang yang agak sentimental. huhu

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: