big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Hari 1 : Een Homestay Melaka


image

Selepas bertandang ke kenduri di Masjid besi, sy & keluarga terus bertolak ke Melaka. Destinasi pertama adalah tempat kami bermalam di Melaka, Een homestay. Een Homestay ni terletak di Taman Bertam Jaya (lebih kurang 15 minit dari Tol Ayer Keroh). Rancangan asal nak menginap homestay di sekitar kawasan Bukit Katil (lebih dekat dengan lokasi-lokasi yang kami hendak bercuti), tapi kebanyakannya samada penuh (disebabkan cuti sekolah) atau tidak menepati keutamaan sy iaitu memiliki Astro Sport Channel (kebetulan malamnya ada perlawanan MU!).

Sampai di homestay, kami berehat sebentar sebelum bertolak ke Jeti River Cruise, Taman Rempah (Spice Garden). Dari Een Homestay ke Pusat Bandar ambil masa lebih kurang 15-20 minit melalui Lebuh AMJ.

Apa yang sy boleh komen tentang Een homestay, homestay ni cantik, ceria, bersih, lengkap dengan kemudahan-kemudahan penting dalam sebuah kediaman. Paling menarik, tv LCD dengan Astro Beyond siap dengan pakej lengkap. Harga pun agak berpatutan.

2 Comments»

  Een Homestay wrote @

Salam, saya baru terbaca komen pasal Een Homestay. kami sentiasa ingin tetamu homestay puas hati dengan kemudahan didalam homestay. Terima Kasih ada komen yang positif.

  hafyzkun wrote @

sama-sama.. Semoga Een Homestay terus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: