big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Perbezaan set telefon bimbit Original (RRP) dan AP


where_is_my_superman__by_Moosiatko

Masih lagi berkisar tentang telefon bimbit, kalini sy nak membincangkan tentang perbezaan diantara set telefon bimbit Original dan set AP. Kita biasa akan dengar kedua-dua istilah ni bila kita hendak membeli atau ‘survey’ telefon bimbit di kedai-kedai telefon bimbit.

Apa itu RRP dan AP?

Secara ringkasnya, RRP = Retail Recommended Price (Harga rasmi), ataupun yang biasa kita dengar harga telefon bimbit bagi set Original.

AP = Approved Product, ataupun yang biasa kita dengar telefon bimbit bagi set AP.

Nak dijadikan cerita

venice_by_un2-d3rcxbj

Kedua-dua set telefon bimbit ini asalnya dikeluarkan daripada kilang yang sama, yang membezakan kedua-dua set ini adalah pengedar dan waranti. Sebagai contoh, telefon bimbit Samsung Galaxy III. Ia dikeluarkan daripada kilang Samsung, seterusnya akan diedarkan oleh pengedar-pengedar yang berbeza. Apabila pengedar tersebut adalah pengedar yang diiktiraf oleh Samsung, maka Samsung Galaxy III tersebut akan menjadi set yang dinamakan sebagai set Original, manakala Samsung Galaxy III yang diedarkan oleh pengedar tidak rasmi pula akan dinamakan sebagai set AP.

Perbezaan ketara?

RRP atau set Original

  • harga lebih mahal berbanding set AP
  • boleh klaim waranti di banyak cawangan (dalam negara atau luar negara). sesuai untuk yang pengguna yang banyak berjalan (travel)
  • boleh klaim waranti untuk kebanyakan jenis kerosakan
  • tawarkan set lengkap (earphone, pengecas, dll.)

Set AP

  • harga lebih murah berbanding set Original
  • hanya boleh klaim waranti di kedai telefon bimbit yang kita beli sahaja
  • boleh klaim waranti untuk sesetengah jenis kerosakan sahaja
  • boleh memilih untuk memiliki set lengkap (seperti set Original) atau telefon bimbit sahaja

Akhir kata

Oleh kerana ia dikeluarkan daripada kilang yang sama maka ia masih telefon bimbit yang sama. Maka kita  tidak boleh menghukum bahawa set AP tidak tahan atau cepat rosak berbanding set Original, kerana kerosakan tersebut berpunca daripada kilang yang sama ataupun ia bergantung kepada cara penggunaan kita. Akhir kata, perbezaan kedua-dua set (Original dan AP) ini hanya terletak pada pengedar dan waranti sahaja. Pemilihan samada hendak memiliki set Original atau AP bergantung kepada bajet dan cara penggunaan kita. Jika ada bajet lebih dan hendak lebih keyakinan (atau ketenangan) dalam konteks waranti, maka ambil set Original. Jika mempunyai bajet yang terhad (harga lebih murah) dan yakin dengan cara penggunaan kita (tidak terlalu lasak), mengapa tidak set AP.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: