big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Pengalaman di Pusat Servis Honda GA Bangi


402834_428735630501619_704429706_n

Post yang lepas sy ada sebut tentang pengalaman menakjubkan servis di Pusat Servis Honda baru di Bandar Baru Bangi. Harini sy akan ceritakan lebih teperinci. Pusat Servis di Bandar Baru Bangi ni dimiliki oleh Global Amity Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik bumiputra. Setelah melihat jadual yang agak lengang pada hujung minggu, dengan kereta yang telah sampai masa untuk diservis, saya mendapatkan talian hotline GA untuk membuat tempahan waktu servis. Sehari sebelum hari servis, pihak GA akan  menelefon kita untuk mengingatkan kita mengenai tempahan yang telah dibuat.

Sebelum ni sy menghantar servis di Seri Kembangan milik syarikat yang sama (GA), jadi dengan adanya pusat servis baru di Bandar Baru Bangi, lebih memudahkan oleh sebab jarak yang lebih dekat dengan Putrajaya.  Jom sy bawa jalan-jalan.. secara kasarnya, pusat servis ni ada 2 tingkat, pusat pameran di sebelah atas, dan pusat servis di sebelah bawah. Kemudahan yang di sediakan seperti surau, kafeteria, ruang menunggu dengan kemudahan WIFI, dan kemudahan komputer!

image

Pusat pameran di sebelah atas

image

Sambil menanti kereta anda diservis, boleh ‘pekena’ cappucino dan sandwich dulu di kafeteria terletak di tingkat atas dengan view Bandar Baru Bangi. Pada hari tersebut, sy dapat baucer kafeteria RM5

image

Ni antara idea menarik, sambil menunggu kereta disiapkan, anda boleh menggunakan komputer yang disediakan untuk melayari internet. Terdapat 2 buah komputer disediakan. Pengalaman baru menggunakan Windows 8..

image

Kelajuan internet pada komputer yang disediakan. Boleh tahan kan?

Keseluruhannya, pengalaman servis yang menarik disini. Bukan nak puji, tapi layanan yang diberikan amat baik. harap GA terus istiqamah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan..best of luck.

2 Comments»

  Mazlin wrote @

Ada no dia x? Sabtu dia bukak x?

  hafyzkun wrote @

Boleh call hotline Global Amity Bangi, 1300-888-300


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: