big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Life of PI


life-of-pi-poster03

Tak sempat review 2 buah filem baru menarik (Life of PI & Hobbit ), sibuk sangat dengan peperiksaan hujung semeter. Harini sy cuba reviewkan balik,

Pengalaman hanyut ditengah-tengah lautan berseorangan, dengan ikhtiar untuk terus hidup, mungkin menarik kan untuk kita dengar. tapi bagimana jika kita tambahkan seekor harimau bersama-sama watak tu? Ya, harimau yang ganas bersama-sama seorang pemuda ditengah-tengah lautan! Itulah kisah filem ni, tentang pengalaman seorang pemuda bernama Pi, bersama-sama seekor harimau malaya bernama Richard Parker, yang terkandas di tengah lautan dengan sebuah bot kecemasan selepas kapal kargo negara Jepun yang beliau naiki karam di lautan. Untuk terus hidup, pelbagai ikhtiar dilakukan oleh pemuda bernama Pi ini. Filem ni mengajak penonton berfikir banyak perkara tentang kehidupan, tentang Tuhan, tentang keluarga, hubungan dengan haiwan (yang suka haiwan terutamanya kucing, pasti suka tengok filem ni).

Dipendekkan cerita, Pi akhirnya selamat, dan ketika di hospital beliau diminta memberikan keterangan mengenai kejadian kapal karam kepada dua orang wakil daripada syarikat kapal kargo Jepun tersebut. Pi menceritakan pengalaman beliau bersama Richard Parker, namun mereka menolak mentah-mentah kisah tersebut dengan alasan Pi berhalusinasi. kemudian Pi membuka sebuah lagi cerita (lebih logik).. disini penonton juga akan mula tertanya-tanya, cerita manakah yang sebenarnya betul.

kata Pi di hujung filem, ….terpulang pada anda untuk memilih..

catatan : Oh ya, sy tengok filem ni dalam 3D, memang cantik.. Life of Pi sebenarnya filem daripada sebuah novel karya Yann Martel.

308741

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: