big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

tiada lagi pemimpin seperti Khalifah Umar Abdul Aziz


Orang yang mencintai akhirat lebih daripada mencintai dunia, orang yang mempercayai janji-janji Tuhan lebih dari mempercayai janji-janji manusia. Sungguh, beliau Amirul Mukminin, beliaulah Khalifah Umar Abdul Aziz

“Wahai Tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam” Khalifah Umar al-Khattab.  Doa Khalifah Umar al-Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.

Alhamdulillah, malam ni katam buku Umar Abdul Aziz karya Pak Latip,  tak jangka habis baca cepat (seminggu seperti dalam entri bayangan Khalifah Al-Rasyidin). mungkin kerana hebatnya kisah Khalifah Umar Abdul Aziz, jadi buat melekat dengan buku ni setiap malam.

Insyaallah esok cuba dapatkan buku baru untuk dibaca, ‘Imam-imam yang benar’ juga hasil karya Abdul Latip Talib. sebab sy terfikir begini, kita mengikut Mazhab Syafie, tetapi sajauh mana kita mengenali Imam Syafie? agak janggal bila kita mengaku mengikuti seseorang tetapi tidak mengenalinya.

catatan : terfikir tentang sejarah perpecahan umat Islam selepas wafatnya Rasulullah S.A.W,  masih tertanya mengapa Khalifah-khalifah seperti Saidina Ali dibunuh, mengapa berlaku perang saudara sesama Islam, terfikir mengenai sejarah kewujudan golongan Syiah, dan sehingga hari ini perpecahan itu terus berlaku.

catatan : petang tadi menghadiri perjumpaan bersama pemimpin dengan majlis agama wilayah persekutuan. sy tak boleh terima dan rasanya seperti tidak masuk, bila dalam ucapan menekankan soal kesederhanaan sedang apa yang diucapkan tidak diamalkan. atau dengan kata lain, hipokrik.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: