big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

nota dari pangsun


sy masih teringat ketika bertugas di Pangsun, Hulu Langat. dimana waktu tu kami menjalankan program dakwah bil hal bersama orang asli, sewaktu sesi ta’aruf (ice breaking) seorang ustaz dari JAKIM mengenalkan diri (untuk pengetahuan kalian, dan sejauh yang sy tahu, sesetengah perkampungan orang asli akan ada seorang pegawai daripada JAKIM yang menetap/bertugas di situ bagi tujuan dakwah). katanya “saya tidak merokok, tapi disini saya belajar untuk merokok bagi tujuan dakwah (supaya dekat dengan masyarakat disitu)”. bukan merokok yang sy ingin angkat tetapi besar pengorbanan ustaz tersebut dalam menyebarkan dakwah Islam.

Kemudian malamnya kami berjalan kaki melawat ke perkampungan orang asli bagi melihat aktiviti dan kehidupan mereka lebih dekat. dibawah khemah lengkap dengan alat muzik. gitar, drum, set karoeke, ya anak muda mereka suka berhibur. Jika anda pernah lihat disko dalam cerita p.ramlee yang bezanya bukan didalam bangunan, begitu lah pesta atau hiburan mereka pada malam tu (sebelum bertolak tadi risau juga sy kalau-kalau ada tarian atau sambutan tetamu  dengan minum tuak, rupanya tidak sama sekali, mereka lebih moden dari apa yang sy jangka). oh ya, dalam perjalanan kami ketempat ‘pesta’ tadi ternampak dua-tiga gerai (meja dan payung) bangsa lain yang menjual minuman keras. terfikir sy pada ustaz tadi, besar cabaran beliau..


kisah pangsun ini mungkin cuma sisi kecil dalam gambaran kehidupan kita harini. sy lihat saat ini memang ada usaha untuk Islam dan membina masyarakat ke arah kebaikan, cuma dalam masa yang sama ada pula golongan seagama yang bertindak sebaliknya yang jauh menyimpang dari tuntutan Islam.. beza kisah pangsun tadi  hanyalah cabaran yang dibawa oleh bangsa lain, realitinya cabaran yang dibawa oleh bangsa seagama sendiri lebih payah dan jerih. lalu sy fikir,  besar cabaran kita..

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: