big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

itik kaki tiga


Al-kisah, dua orang lelaki melihat seekor itik tidur sambil berdiri dengan kaki satu.

Maka berkatalah lelaki itu kepada kawannya, “Itik berkaki satu.”

Kawannya membantah, “Bukanlah, itik berkaki dua!”

Dia membalas, “Tidak, itik berkaki satu.”

Oleh kerana mereka bercakap terlalu kuat, itik itu pun terjaga dari tidur lalu berlari menggunakan kedua-dua kakinya.

“Aha, kan aku dah cakap tadi, itik kaki dua!” kata lelaki kedua itu, berpuas hati.

Balas lelaki pertama, “Ah, kalau dah berlari, itik boleh berkaki tiga!”

Begitulah politik kita. Berikanlah hujah apa sekali pun. Tunjuklah gambar atau video apa sekali pun, sebahagian kita hanya mahu dengar dan percaya apa yang dia mahu dengar dan percaya.

Walaupun kita sering melaungkan kita lebih arif dan terbuka berbanding generasi terdahulu, saya tak fikir kita cukup terbuka.

Kita selektif membaca blog atau tulisan yang serasi dengan pendapat kita saja.

Politik itik kaki tiga memang dah lama wujud dalam masyarakat kita. Kita bukan nak cari kebenaran.

Kita hanya nak menang hujah; walaupun dalam proses nak menang hujah itu kita akan berkata itik kaki tiga!


sumber :  Norizan Shariff (Nobisha)

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: