big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

festival san fermin di London


Rakyat Britain pemalas: David Cameron

LONDON- Perdana Menteri Britain, David Cameron, semalam mengumumkan, kerajaannya akan merangka dasar baru bagi mengelakkan negara itu dibebani pelbagai masalah akibat kemalasan, sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sesetengah rakyat.

Rancangan itu dibuat, selepas rusuhan ganas selama empat hari tercetus di London, minggu lalu menyebabkan lima orang maut, sekurang-kurangnya 1,200 orang didakwa atas tuduhan keganasan dan kecurian serta kerugian 200 juta pound (RM972 juta) akibat kerosakan harta benda.

“Apa yang berlaku ini, adalah amaran untuk negara kita. Masalah sosial semakin merebak sejak puluhan tahun lalu kini meletus di hadapan mata,” katanya.

Beberapa jam sebelum pengumuman Cameron itu, ratusan penduduk di bandar kedua terbesar Britain, Birmingham mengadakan perarakan aman menuntut persepaduan rakyat pelbagai bangsa, bagi memperingati tiga lelaki berbangsa Pakistan yang terbunuh selepas dilanggar dua perusuh dengan kereta di bandar itu, Rabu lalu.

Cameron berterusan menyalahkan samseng jalanan sebagai punca kekacauan di Britain, walaupun pemerhati berpendapat rusuhan itu berlaku, akibat ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar baru ekonomi negara.

Rakyat Britain yang selama ini, mendapat pelbagai kesenangan ditanggung sepenuhnya kerajaan, mula marah apabila kemudahan itu ditarik balik bagi membolehkan Britain mengurangkan defisit negara mencecah 1 trilion pound (RM4.86 trilion). – Sinar Harian

Catatan : Bagi sy sendiri, apa yang berlaku di London tempoh hari adalah suatu yang mengejutkan.  Ibarat festival San Fermin di London, cuma yang membezakannya bukan lembu tetapi jiwa-jiwa anak muda yang memberontak sayangnya tanpa roh dan akhlak.. sangat berbeza dengan revolusi Mesir baru.

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: