big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

kisah dua haiwan : sang Keldai


Pada suatu hari, berjalanlah seekor keldai tua mencari makan, sedang leka berjalan, tiba-tiba keldai tersebut terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. menangis-nangis keldai tersebut.  Kebetulan ketika itu, lalu seorang petani ke arah perigi buta setelah terdengar tangisan keldai tersebut.

Puas memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan Keldai tersebut, akhirnya petani itu mengambil keputusan untuk menimbus perigi buta tersebut kerana difikirkannya tiada apa lagi yang boleh dibuat. Si petani juga berfikir jika perigi buta itu tidak ditutup, suatu hari nanti akan membahayakan orang lain,  selain melihat kepada usia keldai yang telah tua (tiada berguna).

Si petani pun mengajak jiran-jirannya membantu menutup perigi buta tersebut. Dengan penyodok dan cangkul, mereka mula menimbunkan tanah dan batu kerikil sedikit demi sedikit ke dalam perigi. Melihatkan tanah dan batu yang menimpa badan sang keldai tersebut, menangis sang keldai. seperti merintih-rintih meminta supaya tidak dikambuskan perigi tersebut dan menanamnya hidup-hidup.  tidak menghiraukan sang keldai, petani dan jiran-jirannya terus mengambus perigi tersebut. tiba-tiba,  mereka tidak lagi mendengar suara keldai tersebut.

Petani dan jiran-jirannya menjadi hairan, dengan perubahan sikap keldai. sambil tetap menimbunkan tanah, mereka memperhatikan apa yang dilakukan oleh sang keldai itu. Pada saat tanah dan kerikil menimpa punggungnya, sang keldai menggerak-gerakkan badannya agar tanah tadi terjatuh ke bawah dari badannya, kemudian sang keldai melompat menaiki tanah  dan batu tersebut. demikian seterusnya sehingga sampailah sang keldai dekat permukaan tanah lalu kemudian melompat dan terus melarikan diri. Keldai tersebut akhirnya lepas dari bahaya kematian, dan putus asa.


Catatan :
Seringkali kita ditimpa oleh ‘tanah-tanah dan batu kerikil’ dalam kehidupan ni, ada yang melihat kita tidak lagi dapat menyumbang sesuatu kepada mereka, belajar lah dari sang keldai.. ia bangun dan bangkit daripada kesusahan, menggunakan ‘tanah-tanah dan batu kerikil’ yang menimpanya.  ‘tanah-tanah dan batu kerikil’ tadi menjadi tangga baginya untuk terus mengecapi nikmat kehidupan

Catatan : Kisah diatas adalah kisah haiwan kedua yang sy dengar dan baca dalam masa dua hari lepas.  menarik kisahnya, kerana ia menyentuh kepada realiti kehidupan manusia. seterusnya nanti sy akan bawakan kisah kedua iaitu kisah “itik emas”

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: