big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

4 Langkah Pengurusan Kewangan


Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

Langkah 1 : Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk…

  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Memulakan keluarga?
  • Menabung untuk pendidikan anak anda?
  • Melancong?
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan?
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?


Langkah 2 :  Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan


Langkah 3 : Menilai Tabiat Berbelanja Anda

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

Langkah 4 : Menulis Rancangan Perbelanjaan anda

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Sumber : bankinginfo.com.my

Catatan : Alhamdulillah, selesai urusan pengambilan geran kereta di Maybank, Jalan Bangsar.  Sy baru tahu, bukan mudah untuk dapat geran, perlu menunggu dalam beberapa tempoh (itupun jika pembayaran pinjaman ‘smooth’ dan bergantung kepada bank).  macam my case, selepas Setahun iaitu sebelum renew road tax boleh la call pihak bank tanya berkenaan dengan geran..  dan ayah sempat bercerita berkenaan dengan Insurans pendidikan untuk adik. RM50 sebulan, dan sampai tempoh matang kita boleh collect balik wang tersebut..Itu yang sy terfikir,  Insurans juga satu pelaburan

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: