big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

kisah Laptop RM1juta


kisah berikut aku petik facebook Irfan Khairi, mungkin boleh jadi inspirasi buat kita..

Sambil-sambil kemas store rumah saya tadi, saya terjumpa dengan laptop lama saya ni. Saja nak kongsi dengan anda bahawa, inilah laptop saya ketika saya memperolehi RM1,000,000 pertama saya melalui perniagaan Internet ketika berumur 25 tahun

Baru teringat kembali masa saya beli laptop ni, saya tak berapa mampu, so, beli secara bayaran ansuran dan perlu membayar balik setiap bulan untuk cover hutang laptop.Mungkin keputusan yang paling tepat sekali untuk beli laptop ni secara ansuran ketika itu. Kalau tak, takde lah saya jalankan perniagaan Internet kot!

Sungguh cepat masa berlalu, dari zaman laptop yang ada disk drive untuk floppy disk boleh muat 1.44mb, sehingga zaman ni, yang kita sering guna thumbdrive bergig-gig!

Apa sahaja keputusan kita hari ini, akan mengubah keadaan kita 5… 10 tahun akan datang. So, lakukan keputusan yang tepat untuk diri anda!

– Irfan Khairi

Catatan : Aku cukup admire pada beliau dan Irfan Khairi ni adalah idola bagi anak muda yang ingin berjaya khususnya dalam bidang Usahawan. Suatu ketika dahulu, siapa sangka dengan hanya menjual Peta Malaysia di Internet beliau boleh menjadi jutawan?

Catatan : Apa sahaja yang kita beli harini untuk membantu kerja kita adalah suatu pelaburan untuk masa depan

Catatan : Aku kira laptop ini cukup berharga bagi beliau, kalau diminta jual pun aku rasa beliau tak kan jual.. kecuali ditawar RM 1 juta! kalau aku, aku letak dalam almari kaca!

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: