big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

Al-Quran Rahsia Terunggul


Rahsia kebahagian sejati

Kalau lah didepan kita ada sebuah buku yang mana didalamnya tertulis rahsia dan peta/jalan yang membawa kita kepada harta karun, walaupun bahasa buku tersebut bukan bahasa kita, pasti kita akan bersungguh mencari makna dan jawapan demi mendapatkan harta karun tadi kan.. sebenarnya setiap orang memiliki buku itu, iaitu qalam Allah Al-Quran.. dimana harta karun tadi bukan sahaja rahsia dunia dan isinya malah rahsia kepada seluruh alam semesta..

jalan kedai buku dlm The Mines semalam (dah lama tak jalan ke Mines ikut Putrajaya/bangi sampai jalan pun dah lupa), cari buku baru akhirnya takdir aku bertemu dengan buku ni, Al-Quran Rahsia Terunggul..

“Barang siapa yang mengenal dirinya maka dia mengenal Tuhannya” – Hadis Nabi


isi Kulit belakang

Penghayatan, kunci utama untuk menyingkap segala rahsia yang tersurat dan yang tersirat di dalam ayat-ayat qalam Allah, yang terungkap melalui Al-Quran dan sering kita dengar, sering kita baca, tapi malangnya tidak ramai yang mampu menjiwai makna dan rahsianya, sehingga kita terlepas dari merasai kenikmatan dan keberkatan yang terkandung didalamnya.

Kulit depan

Aku agak familiar tengok pada design kulit depan buku ni, bila baca pendahuluan, baru aku faham rupanya penulis mengkagumi hasil tulisan Rhonda Byrne dalam buku ‘The Secret’.

yang terirat dan tersurat

Aku tidak lah pandai untuk bercakap soal agama, tapi aku bercakap sebagai seorang insan yang sedang mencari.. macam hadis nabi diatas, “Barang siapa yang mengenali dirinya maka dia mengenal Tuhannya”, aku mencari maksud tersirat dibalik sepotong hadis diatas.

Bila direnung kepada penciptaan kita sebagai manusia, Subhanallah sangat hebat, bagaimana saat kita terbentuk dari setitis air mani, hinggalah kita cukup sifatnya, lihat pada salur darah kita, bak jalan raya yang tidak pernah sunyi, dan satu lagi ciptaan yang hebat adalah mata kita.. since aku juga peminat fotografi,  kehebatan mata kita (ciptaan Allah) sebenarnya cuba diaplikasikan dalam teknologi lensa pada kemera, dimana bila keadaan gelap/terang, iris mata kita akan automatik membesar/mengecil.. dan secanggih mana pun kamera masih tidak dapat menghasilkan gambaran seperti pandangan ‘original’ mata kita..

Begitu juga dengan ciptaan bulu mata kita yang fungsinya sebagai filter kepada habuk daripada masuk terus kedalam mata kita.. Ah, banyak lagi ciptaan pada diri kita ini untuk kita renungkan.. macam kata-kata Albert Einstein, “apa yang penting dalam hidup ini adalah jangan pernah berhenti bertanya”  tanyalah pada diri kita walau seberapa ringkasnya soalan itu, kerana terlalu banyak lagi rahsia dalam hidup ni..

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: