big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

wallimatulurus 1/1/11 dan Kellie Castle


Tahniah buat pasangan Mohd Hadafi dan Aziati ~
Semoga ditambah rezeki, diberkati dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajat untuk ke Batu Gajah.. dan yang paling best dapat merasa nasi minyak sahabat baik sejak dari Tahun Asas UTM Skudai.  hari pertama kelas, aku lihat epi duduk sorang-sorang, mula-mula ingatkan chinese ataupun mat saleh, lalu saya tegur dia, rupanya orang perak (dari longat dia). hehehe. begitulah persahabatan, tidak akan putus sampai bila-bila..

Kellie Castle

balik dari kenduri, kami singgah sini.. dah lama dengar kisah Kellie Castle ni dari epi (sejak tahun asas UTM), harini baru dapat peluang pergi. Kebetulan saya memang suka jalan tempat-tempat historical ni, pertama sebab binaannya dan kedua kisah disebalik sejarah tempat tu. Saya dari simpang pulai ke batu gajah, dalam perjalanan tu rasanya dah boleh agak binaan menara yang tinggi itu adalah Kellie Castle. tambahan istana ni terletak betul-betul dalam kawasan ladang, oleh kerana tu binaan dia agak menonjol sedikit.

Hadiah tanda cinta


Seperti Taj Mahal di Agra, India, dimana Shah Jehan menghadiahkan binaan Taj Mahal itu kepada isterinya Mumtaz,  William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland juga membina istana ini sebagai tanda cinta kepada isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.

Pemandangan dari salah satu tingkap dari dalam istana,  kalau kita dapat lihat, ada sungai dihadapan istana ni. sungai pada zaman ni tidak lah secantik mana, tapi bayangkan sungai pada tahun 1920 an..

Terbengkalai

Binaan di atas ni menunjukkan tempat tinggal asal (rumah) keluarga Kellie iaitu di belakang binaan Kellie Castle

Istana ini mula dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Walaubagaimanapun, istana ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.

Kisah Lif

Membawa lif pertama ke Malaya adalah suatu yang hebat, dan aku masih terfikir bagaimana lif tersebut diletakkan dalam binaan ni dan bagaimana ia berfungsi?

Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie’s Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.

Misteri

Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.


Kesimpulan, Kellie Castle ni memang ‘superb’ dari segi binaan arkitek, kisah sejarahnya dan antara port best untuk fotografi.. note : tiket masuk dewasa RM4 which is bagi  aku sangat berbaloi


ini yang paling best ..

No comments yet»

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: